Isnin, 1 Disember 2014

Almarhum Ustaz Kamaruddin murabbi istiqamah (Baba)

Pemergian Almarhum Ustaz Kamaruddin Awang Basir adalah satu kehilangan yang sangat besar kepada gerakan Islam iaitu PAS.

Kira-kira 6,000 hadir memberikan penghormatan terakhir kepada almarhum tanda betapa hormatnya masyarakat khususnya ahli PAS terhadap tokoh ulamak itu.

Orang ramai dalam kalangan keluarga, sahabat handai dan rakan pendokong perjuangan berpusu-pusu hadir sejak pagi sebaik sahaja mendapat perkhabaran tentang pemergian almarhum.

Ustaz Kamaruddin adalah antara tokoh yang paling istiqamah di dalam PAS, beliau telah 'infaq' dirinya kepada perjuangan Islam dengan mengetepikan kepentingan dunia mahupun kesenangan hidup.

Beliau telah bergiat aktif sepenuh masa bersama parti lebih 30 tahun iaitu sejak muda dan telah memegang berbagai jawatan daripada peringkat kawasan hinggalah jawatan di peringkat PAS Pusat.

Pada tahun 80'an, tanpa memikirkan apa jua risiko, beliau telah meletakkan jawatan sebagai guru kerajaan demi mendukung cita-cita parti yang mengamanahkannya bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-07 (PRU7) di kerusi parlimen Larut.

Sejak daripada itu, bermulalah beliau menjadi 'murabbitun' PAS sepenuh masa khususnya berkhidmat kepada masyarakat Larut khususnya dan kepada parti khasnya disamping menyebarkan ilmunya dengan menjadi tenaga pengajar.

Tanpa rasa putus asa, almarhum terus bersedia memenuhi amanah parti untuk bertanding beberapa kali di kerusi parlimen tersebut selepas itu walaupun sedia maklum sukar untuk memenanginya.

Setelah berhenti berkhidmat di Maahad Ehya Asy Syarif, beliau menubuhkan Pusat Pendidikan Darul Ta'alim, mendidik tanpa mengira umur mahupun masa dan sehingga ke hari ini pusat pendidikan tersebut masih terus memberi jasa kepada masyarakat.

Anak jati Batu Kurau itu telah memegang jawatan Yang Dipertua PAS Larut sejak tahun 1980an hingga awal tahun 2000, beliau antara yang paling lama memegang jawatan sebagai Yang Dipertua di dalam sejarah PAS itu sendiri.

Diperingkat pemuda, beliau pernah memegang jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda PAS Perak dan selepas itu almarhum dilantik menjadi Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak dari tahun 1987 hingga 1991.

Atas komitmen tinggi yang diberikan, beliau telah diamanahkan oleh Presiden PAS ketika itu, Almarhum Ustaz Fadzil Noor untuk memimpin PAS Perak apabila dilantik menjadi pesuruhjaya selama lima tahun bermula 1993 hingga tahun 1997 seterusnya menjadi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Bayangkan, ketika itu PAS sangat asing dengan masyarakat di Perak namun beliau tetapi bersemangat menyebarkan Islam dan melebarkan dakwah parti kepada rakyat dan tidak boleh dinafikan hasilnya telah berjaya direalisasikan pada peringkat yang ada pada hari ini.

Sejak daripada itu, legasi PAS semakin mantap dan pimpinan yang silih berganti mempunyai kredibiliti yang tinggi seterusnya berjaya menggiatkan penyertaan masyarakat di dalam PAS.

Selepas tidak memegang jawatan sebagai pesuruhjaya, beliau terus istiqamah memegang jawatan dan menjalankan gerak kerja parti khususnya diperingkat Dewan Ulamak PAS Perak.

Erti penat tidak pernah ada dalam kamus hidupnya, beliau terus menyebarkan ilmu yang adanya khususnya dalam bidang tauhid dan usuluddin dengan menerima jemputan ceramah diseluruh negeri Perak hatta di negeri-negeri lain.

Keringat dan kredibiliti yang ada pada dirinya masih ditagih oleh PAS apabila beliau dilantik oleh perwakilan untuk menjadi Ketua Dewan Ulamak PAS Perak pada pemilihan tahun lalu sehinggalah beliau menemui penciptaNYA.

Walaupun kesihatannya tidak menentu, beliau tetap gagahkan diri untuk hadir ke mesyuarat pimpinan harian dan mesyuarat perhubungan negeri di Pejabat PAS Perak, Ipoh setiap bulan.

Dengan menaiki kereta Perodua Viva, beliau kadangkala memandunya seorang diri menyelusuri perjalanan hampir 100 kilometer daripada Batu Kuraau, Larut dan pulang pada lewat malam demi memenuhi tuntutan jamaah.

Beliau sangat istiqamah merealisasikan tuntutan dan tanggungjawabnya sebagai pimpinan serta ahli jamaah, sukar untuk 'ponteng' program walaupun dalam keadaan keuzuran.

Liqa' fikri bulanan PAS Perak antara program yang sangat beliau memberikan komitmen walaupun hanya sebagai pendengar bersama kelompok bawahan, beliau tidak rasa kekok.

Menceritakan tentang kisah almarhum, anaknya, Ustaz Akmal Kamaruddin yang merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak berkata, bapanya itu meletakkan matlamat untuk meninggal di dalam perjuangan.

"Baba nak mati dalam perjuangan", itulah jawapan almarhum ketika anak-anaknya meminta beliau berundur daripada menjawat sebarang jawatan dalam jamaah serta berhenti daripada mengajar terutama di tempat yang jauh oleh kerana gusar dengan kesihatannya.

Akmal berkata, pernah beberapa kali tekanan darah almarhum mencecah paras 200 tetapi tetap menggagahkan diri untuk hadir ke program-program yang dianjurkan oleh jemaah.

Hasrat untuk beliau berjuang dan memberi komitmen kepada jamaah hingga ke akhir hayatnya terlaksana, itulah kehebatan almarhum yang sangat istiqamah maka tidak salah jika mengganggap beliau seorang tokoh murabbi yang istiqamah.

Almarhum wajar dicontohi oleh seluruh pendokong perjuangan agar terus beristiqamah dalam jamaah walaupun tidak lagi memegang apa-apa jawatan kerana jawatan bukanlah syarat untuk istiqamah.


Oleh MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR

*Artikel ini ditulis oleh Wartawan Harakah Perak dengan mengambil input daripada pelbagai pihak

Sabtu, 22 November 2014

"CATATAN SELAMAT TINGGAL BABA"

Baba nak mati dalam perjuangan" itulah jawapan baba ketika anak² memintanya berundur dari menjawat sebarang jawatan dlm jamaah dan berhenti daripada mengajar terutama di tempat yang jauh kerana anak² risaukan kesihatan baba.

Pernah beberapa kali darah baba naik mencecah 200 lebih tetapi baba gagahkan diri juga utk hadir dlm program² jamaah.

Akhirnya..Pada pagi jumaat waktu dhuha Allah makbulkan hajat baba Alhamdulillah..baba meninggal dlm perjuangan.

Alhamdulillah baba sempat mengucapkan kalimah Lailahaillallah dengan baik sebelum menghembuskan nafas 
terakhir.

Hujan gerimis mulai turun sebaik sahaja selesai solat jenazah mengiringi jenazah baba ke tanah perkuburan juga sewaktu jenazah diturunkan ke dalam liang lahad dan sewaktu tanah mula ditimbus..

Saya mewakili pihak baba memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan terhadap sesiapa saja. Jika ada urusan yg belum selesai dgn baba harap berjumpa dgn saya.

Terima kasih kepada yang sentiasa berdoa, yang datang ziarah, yang solat janazah,yang ucap takziah dan semua pihak yang terlibat membantu sehingga selesai jenazah disemadikan.

Moga Allah ampunkan segala dosa baba. Moga Allah tempatkan baba bersama para Rasul dan Anbiya'.

Selamat tinggal baba. Damailah kau di sana. Kami juga akan menyusul kelak.


Mohd Akmal Kamarudin

Isnin, 10 November 2014

Pesakit usus di Selama Perak perlu bantuan RM6,000

Keratan Akhbar 
SELAMA – Seorang remaja berusia 17 tahun yang menghidap penyakit di bahagian usus memerlukan bantuan orang ramai bagi membiayai kos pembedahan yang dianggarkan berjumlah RM6,000 yang akan dijalankan akhir bulan ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Zulhelmi Hafiz Zainal Abidin yang mempunyai masalah kesihatan sejak lahir turut dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) apabila anak kedua daripada tiga beradik ini menghidap masalah pada bahagian kakinya.

Pendapatan bulanan ibunya, Noor Rohida A Ameen, 52, sebagai guru mengaji al-Quran dan tukang jahit hanya cukup untuk keperluan harian dan tidak mampu untuk menampung kos pembedahan anaknya.

Noor Rohida  yang ibu tunggal berkata, masalah kesihatan anaknya itu dikenal pasti sejak lahir lagi dan sehingga kini dia menghadapi masalah untuk membuang air kecil dan air besar.

"Disebabkan masalah kesihatan Zulhelmi Hafiz perlu mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dan pada akhir bulan ini dia perlu menjalani pembedahan di HKL,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Noor Rohida berkata, dia dan anaknya terpaksa menaiki bas jika perlu mendapatkan rawatan di hospital tidak kira sama ada dari Selama ke Taiping, Ipoh mahupun Kuala Lumpur.

“Saya tidak ada pilihan lain kerana ia pengangkutan yang lebih murah,” katanya.

Menurutnya, walaupun berhadapan dengan masalah kesihatan, namun anaknya itu, masih bersekolah dan ketika ini sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Haji Hussien, Selama.

“Walaupun Zulhelmi Hafiz menghadapi masalah kesihatan, namun ia bukan halangan untuk anaknya menuntut ilmu.

“Walaupun terpaksa menggunakan lampin pakai buang ke sekolah, dia tidak pernah malu dan kawan-kawannya sering menghulurkan bantuan,” katanya.

Menurutnya, walaupun mendapat bantuan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan namun hanya cukup untuk perbelanjaan harian da membeli lampin pakai buang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda Pas Bahagian Larut, Mohd Akmal Kamaruddin yang turut melawat Zulhelmi di rumahnya berharap orang ramai dapat menghulurkan bantuan membiayai kos pembedahan tersebut

Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Noor Rohida di talian 0111 4726785.


- Sumber


JAUHI BURUK SANGKA


Terdapat satu kisah seorang ulama sufi bernama Hassan al-Basri dengan seorang pemuda berdua-duaan dengan seorang wanita. Beliau ketika itu belum lagi mendalami ilmu kesufian.

Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hassan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang wanita. Di sisi mereka terletak sebotol arak. Lalu Hassan berbisik “Alangkah jahatnya orang itu dan alangkah baiknya kalau dia seperti aku!”

Tiba-tiba Hassan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas. Enam dari tujuh penumpang itu berjaya diselamatkan.

Kemudian dia berpaling ke arah Hassan al-Basri dan berkata, “Jika engkau memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah, selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang.”

Bagaimanapun Hassan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu berkata padanya. “Tuan, sebenarnya wanita yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan arak.”

Hassan al-Basri terpegun lalu berkata, “Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi daripada bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya daripada tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan.”

Orang itu menjawab, “Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan.”

Semenjak itu, Hassan al-Basri mendalami ilmu kesufian dan selalu merendahkan diri bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain.



Sabtu, 8 November 2014

MENGUNDANG KEMURKAAN ALLAH

Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Sehubungan dengan itu, Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus mengisytiharkan Seksyen 66 itu sebagai terbatal. Keputusan berkenaan secara tidak langsung mengiktiraf hak golongan transgender yang mengalami disforia gender dan berpakaian serta berkelakuan seperti wanita.

BERMAKNA.....
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TELAH MEMBATALKAN SEKSYEN 66 JENAYAH SYARIAH YG BERPANDUKAN KEPADA HADIS , MAKA TERBATALLAH KEDUA² HADIS DI BAWAH.....
APA INI SEMUA????

Kitab Hadis Sohih Al-Bukhari:

عن ابن عبّاس رضي الله عنه قال: لعن رسول الله صلّى الله عليه وسلّم المتشبّهين من الرجال بالنّساء والمتشبّهات من النّساء بالرجال -رواه البخاري

Dari Ibnu ‘Abbas r.a, ia berkata, “Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan para wanita yang menyerupai lelaki”.

[HR. Bukhari]

Dan dalam hadis lain disebutkan..

Kitab Hadis Sunan Abu Daud.
Dari Abu Hurairah r.a dia berkata, "Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita, dan wanita yang memakai pakaian lelaki".

[HR. Abu Daud juz 4, hal. 60, no. 4098].